Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik 1M1S Tahun 2012

10hb Julai 2012, Senamrobik 1M1S telah diadakan demi pelancaran majlis 1M1S Tahun 2012. Semua sekolah di seluruh negara telah mengadakan aktiviti yang sama pada masa yang sama. SJKC Yuk Chai, Johol telah mengadakan majlis pelancaran dengan sokongan ibu bapa dan juga penduduk tempatan.


Membuat persediaan untuk senamrobik.
Murid-murid berdaftar.
Guru Besar memberi ucapan beliau semasa majlis pelancaran  1 Murid 1 Sukan.
Murid-murid menunjukkan semangat mereka semasa membaca slogan 1M1S.
Senamrobik bermula.

Warga sekolah dan juga ibu bapa turut mengambil bahagian dalam  senamrobik ini.

Jamuan bermula selepas aktiviti senamrobik.

Permainan 'baseball' bermula, bagi murid-murid tahap II.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang daripada Pn Mary Agnes diiringi Guru Besar.

Penyampaian hadiah oleh Pn Roziati kepada pemenang-pemenang.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dari Tahap I.


Pengambilan gambar murid-murid bersama ibu bapa dan juga warga sekolah yang bertungkus lumus.
Selepas waktu rehat, sesi P&P diteruskan. murid-murid telah mengetahui lebih banyak tentang kepentingan kecergasan badan kepada mereka. Semoga murid-murid dapat menjaga kesihatan diri dan kecergasan badan dengan bersungguh-sungguh.

Tuesday, May 1, 2012

Aktiviti Rawatan Klinik Kesihatan

27hb April 2012, pihak klinik kesihatan telah menghantar beberapa orang jururawat untuk memeriksa dan memberi suntikan kepada murid-murid di sekolah. Murid-murid Tahun 1 diberi perhatian disebabkan mereka merupakan murid baru masuk ke alam persekolahan.

Jarum telah disediakan untuk suntikan murid-murid Tahun 1.

Pemeriksaan Badan telah dijalankan sebelum suntikan diberi.
Murid-murid Tahun 1 masih bersembang sebelum mereka mendapati akan diberi suntikan.

Woo~~Beraninya~ Sila beri tepukan!

Ooh, sakitnya!
Mereka telah menunjukkan keberanian semasa menerima suntikan. 2 suntikan telah diberi kepada suntikan. Kesimpulannya, murid-murid masih berada dalam keadaan sihat dari segi fizikal. Pihak sekolah agak berterima kasih kepada pihak klinik kesihatan bagi pemeriksaan badan tahunan.

Wednesday, April 18, 2012

Bengkel Movie Maker

Pada 18 April 2012, PKG Johol telah mengadakan satu bengkel yang bertujuan mendedahkan cara menggunakan Movie Maker untuk menghasilkan video.

En Shafie sedang memberi penerangan terhadap penggunaan Movie maker untuk menghasilkan video.
Bengkel ini dijalankan selama 2 jam. Bengkel ditangguhkan sehingga 4 petang.

Monday, April 2, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2012

Mesyuarat Agung PIBG SJKC Yuk Chai, Johol telah diadakan pada 16 Feb 2012. AJK yang baru pada tahun 2012 telah dilantik melalui mesyuarat agung ini. Pengerusi PIBG yang baru ialah Encik Jafar.
Pendaftaran Ibu Bapa sebelum bermulanya Mesyuarat Agung PIBG.
Guru Besar membuat laporan sekolah bagi tahun 2011.

Ibu bapa membaca laporan-laporan yang telah disediakan oleh pihak sekolah.

Jamuan membolehkan ibu bapa berkomunikasi antara satu sama lain.
Mesyuarat Agung PIBG pada tahun 2012 telah mengesahkan beberapa tindakan yang telah dicadangkan. Mesyuarat ditangguhkan sehingga 4.00 petang.